Back to All BLOG POSTS

5 Tabiat Mudah untuk Membantu Wanita Bergerak Dengan Lebih Baik Setiap Hari

Sedang dimuatkan...

Postur badan, pemulihan dan tenaga harian anda perlu disokong dengan 5 tabiat pergerakan mudah dan lihat bagaimana pemakaian seluar yang tepat membantu anda kekal konsisten. 

5 Tabiat Mudah untuk Membantu Wanita Bergerak Dengan Lebih Baik Setiap Hari

 

 

Bermula daripada duduk, berulang-alik ke pejabat, bersenam, dan kekal aktif sepanjang hari, kehidupan harian memberi tekanan fizikal kepada tubuh wanita. Apabila menjelang malam, rasa sengal pada bahagian pinggang, pinggul terasa tegang atau kaki terasa penat sudah menjadi kebiasaan. 

 

Berita baiknya? Anda tidak semestinya perlu melakukan senaman berat. Pergerakan kecil dan konsisten mampu membantu tubuh anda menjadi lebih sihat dan pilihan pakaian harian yang sesuai boleh memudahkan anda mengekalkan tabiat aktif tersebut.

 

Berikut ialah lima tabiat praktikal bagi membantu anda bergerak dengan lebih selesa setiap hari. 

 

1. Mulakan Hari Anda dengan Regangan Ringan 

 

Memulakan pagi anda dengan regangan ringan selama beberapa minit boleh melegakan ketegangan otot, meningkatkan kelenturan dan mempersiapkan tubuh menghadapi aktiviti harian. Pakar kesihatan umumnya mengesyorkan regangan dilakukan sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu dan regangan setiap hari boleh memberikan manfaat yang lebih ketara terhadap pergerakan sendi. 

 

Cuba ini: Fokus pada bahagian utama yang mudah tegang seperti pinggul, pinggang, belakang peha (hamstring) dan betis. Regangkan badan sehingga terasa tarikan ringan, bukan kesakitan. AULORA Pants with KODENSHI® - Women ditenun sehingga 29 panel fabrik berbentuk berlian (88.4% Nilon, 11.6% Poliuretana) yang direka untuk fleksibiliti maksimum bagi menyokong penuh pergerakan mobiliti pinggul, menjadikan regangan lebih ringan tanpa sekatan pakaian.

 

2. Lebihkan Pergerakan, Kurangkan Duduk

 

 

Duduk terlalu lama dalam posisi yang sama boleh menjejaskan peredaran dan membuatkan kaki berat dan letih. Tabiat mudah seperti berdiri setiap jam, berjalan sewaktu menjawab panggilan telefon, atau menggunakan tangga mampu memberikan perbezaan ketara pada keselesaan tubuh anda. 

 

Cuba ini: Tetapkan peringatan setiap 30 minit untuk berdiri, meregangkan badan, atau menggerakkan pergelangan kaki. Duduk terlalu lama boleh membuatkan kaki kurang bergerak dan bahagian bawah tubuh terasa berat, dan disinilah AULORA Pants with KODENSHI® - Women memainkan peranan. Ia dilengkapi dengan tekanan ergonomik bersegmen pada tahap mampatan hPa dari pergelangan kaki ke paha untuk melancarkan peredaran dan memastikan kaki anda kekal ringan. 

 

Apabila anda bangun untuk bergerak, 29 panel fabrik berbentuk berlian akan melentur mengikut pergerakan semula jadi sendi anda. Ini memudahkan anda bergerak daripada meja kerja untuk regangan dengan lebih selesa tanpa rasa tarikan fabrik atau terlalu ketat. 

 

3. Bina Kekuatan untuk Aktiviti Harian

 

Latihan kekuatan penting untuk kehidupan seharian, bukan hanya ketika di gim. Ia membantu anda bergerak dengan lebih mudah, sama ada menaiki tangga, membawa barangan atau mengekalkan keseimbangan. Menguatkan otot teras juga memberikan sokongan kepada tulang belakang. 

Tip ringkas: Sertakan senaman ringkas seperti ‘squat’, ‘bridge’, ‘plank’ atau senaman jalur rintangan (resistance band) sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 

 

4. Jangan Abaikan Pemulihan

 

Pergerakan dan pemulihan saling berkait rapat. Memanaskan badan sebelum bersenam, kekal terhidrat, dan mendapatkan tidur yang cukup menyokong keupayaan tubuh anda untuk pulih dan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya. Kebanyakan dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam tidur setiap malam untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

 

Tip ringkas: Jika kaki terasa tidak selesa atau otot lenguh pada waktu petang, cuba tinggikan kaki anda selama 10 hingga 15 minit sebelum tidur agar anda lebih tenang dan selesa.

 

Anda juga boleh menggabungkan rutin tidur dengan memakai AULORA Pants with KODENSHI®. Ia membantu menyerap haba badan dan membebaskan Sinar Inframerah Jauh (FIR) yang menembusi sehingga 4 cm ke dalam tisu untuk membantu melegakan ketegangan otot.

 

Dengan menyokong suhu badan yang seimbang dan mengurangkan tekanan fizikal, AULORA Pants with KODENSHI® - Women mencipta persekitaran selesa yang menggalakkan rehat dan tidur yang lebih lena. Ingin tahu bagaimana KODENSHI® berfungsi? Baca artikel kami di sini.

 

5. Pilih Tabiat dan Pakaian Yang Menyokong Rutin Harian

 

Rutin kesejahteraan yang efektif bukanlah rutin yang rumit, sebaliknya rutin yang dapat anda amalkan secara berterusan. Membina tabiat kecil yang konsisten dan sesuai dengan aktiviti harian anda adalah jauh lebih penting daripada usaha besar yang dilakukan sekali-sekala. 

 

Tip ringkas: Kunci utamanya adalah konsistensi harian, bukan intensiti. Pemakaian dan sokongan harian secara berterusan memberi manfaat kepada tubuh dalam jangka panjang. Dengan liputan penuh pada bahagian kaki dan pinggang lebar yang tidak mudah melorot, AULORA Pants with KODENSHI® - Women direka khas untuk kekal mampat dan selesa sepanjang hari. Tambahan pula, kesan menaikkan pinggul dibina agar anda sentiasa tampil yakin tanpa mengorbankan keselesaan sepanjang hari.

 

Jadikan Pergerakan Sebahagian daripada Tabiat Harian

 

Adakah tabiat ringkas seperti meregangkan badan, kerap bergerak dan mengutamakan pemulihan sudah cukup untuk memastikan tubuh anda berasa lebih baik?

 

Pemilihan seluar yang tepat boleh memudahkan pergerakan anda, bukannya menyukarkannya. Dengan reka bentuk yang fleksibel, sokongan mampatan pada bahagian tertentu serta manfaat Sinar Inframerah Jauh (FIR), AULORA Pants with KODENSHI® - Women direka untuk menyokong setiap pergerakan anda sepanjang hari. 

 

Bersedia untuk merasai perbezaannya? Dapatkan AULORA Pants with KODENSHI® - Women → https://beintl.com/my_ms/wellness-wear/women/pants.html 

 

Rujukan

  1. Professor Shimizu's data and clinical trials, Osaka Prefecture University

  2. Williamson, Laura. "How Much and How Often Should People Stretch? Experts Say There's No One Answer." American Heart Association News, 2024

  3. World Health Organization. "Physical Activity." 2024

  4. Restivo, Jenette. "Stretching and Strengthening Exercises to Relieve and Prevent Lower Back Pain." Harvard Health Publishing, 2024

  5. Centers for Disease Control and Prevention. "About Sleep and Sleep Disorders." 2024

  6. "Keeping Your Life in Motion." Pro Motion Physiotherapy

  7. Estess, Allyson. "13 Best Physical Therapy (Physiotherapy) Exercises for Lower Body Pain Relief." 2025